Tazkirah Thursday

#Tazkirah Thursday#‎ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

‎بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم

‎اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ 

‎وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد
Tazkirah 12 Syawal 1438 @ 06 Julai 2017
*PENYESALAN & RAYUAN AHLI NERAKA*
Setelah azab neraka dibentangkan di hadapan mata mereka, maka keluarlah pelbagai ungkapan yang menggambarkan penyesalan para penghuni neraka yang tidak berkesudahan. 
 Berikut antara beberapa ucapan ahli neraka yang dirakamkan di dalam al-Quran. Antaranya:
 *MERAYU INGIN KEMBALI KE DUNIA & MELAKUKAN AMAL SOLEH*
‎ﻭَﺗَﺮَﻯ ﺍﻟﻈَّﺎﻟِﻤِﻴﻦَ ﻟَﻤَّﺎ ﺭَﺃَﻭُﺍ ﺍﻟْﻌَﺬَﺍﺏَ ﻳَﻘُﻮﻟُﻮﻥَ ﻫَﻞْ ﺇِﻟَﻰٰ ﻣَﺮَﺩٍّ ﻣِﻦْ ﺳَﺒِﻴﻞٍ
“Dan kamu akan melihat orang-orang yang zalim ketika mereka melihat azab berkata: “Adakah kiranya jalan untuk kembali ke dunia?” (Surah asy-Syura ayat 44)
‎ﺭَﺑَّﻨَﺎ ﺃَﺑْﺼَﺮْﻧَﺎ ﻭَﺳَﻤِﻌْﻨَﺎ ﻓَﺎﺭْﺟِﻌْﻨَﺎ ﻧَﻌْﻤَﻞْ ﺻَﺎﻟِﺤًﺎ ﺇِﻧَّﺎ ﻣُﻮﻗِﻨُﻮﻥَ
“Wahai Rabb kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami ke dunia. Kami akan mengerjakan amal soleh. Sesungguhnya kami adalah orang-orang yakin.” (Surah as-Sajdah ayat 12)
‎ﺭَﺑَّﻨَﺎ ﺃَﺧِّﺮْﻧَﺎ ﺇِﻟَﻰٰ ﺃَﺟَﻞٍ ﻗَﺮِﻳﺐٍ ﻧُﺠِﺐْ ﺩَﻋْﻮَﺗَﻚَ ﻭَﻧَﺘَّﺒِﻊِ ﺍﻟﺮُّﺳُﻞَ
““Ya Rabb kami, kembalikanlah kami meskipun dalam waktu yang sedikit, nescaya kami akan mematuhi seruan-Mu dan mengikuti rasul-rasul.”. (Surah Ibrahim ayat 44)
‎ﻭَﻫُﻢْ ﻳَﺼْﻄَﺮِﺧُﻮﻥَ ﻓِﻴﻬَﺎ ﺭَﺑَّﻨَﺎ ﺃَﺧْﺮِﺟْﻨَﺎ ﻧَﻌْﻤَﻞْ ﺻَﺎﻟِﺤًﺎ ﻏَﻴْﺮَ ﺍﻟَّﺬِﻱ ﻛُﻨَّﺎ ﻧَﻌْﻤَﻞُ
“Dan mereka berteriak didalam neraka itu:
 “Ya Rabb kami, keluarkanlah kami nescaya kami akan melakukan amal soleh berbeza dengan yang telah kami kerjakan.” (Surah Fatir ayat 37)
 *ALLAH MENJAWAB RAYUAN AHLI NERAKA*
‎ﻓَﺬُﻭﻗُﻮﺍ ﺑِﻤَﺎ ﻧَﺴِﻴﺘُﻢْ ﻟِﻘَﺎﺀَ ﻳَﻮْﻣِﻜُﻢْ ﻫَٰﺬَﺍ ﺇِﻧَّﺎ ﻧَﺴِﻴﻨَﺎﻛُﻢْ ۖ ﻭَﺫُﻭﻗُﻮﺍ ﻋَﺬَﺍﺏَ ﺍﻟْﺨُﻠْﺪِ ﺑِﻤَﺎ ﻛُﻨْﺘُﻢْ ﺗَﻌْﻤَﻠُﻮﻥَ
“Maka rasakanlah seksa ini disebabkan kamu melupakan pertemuan dengan harimu ini (hari kiamat). Sesungguhnya kami telah melupakan kamu pula dan rasakanlah seksa yang kekal disebabkan apa yang selalu kamu kerjakan.” (Surah as-Sajdah ayat 14)
‎ﺃَﻭَﻟَﻢْ ﺗَﻜُﻮﻧُﻮﺍ ﺃَﻗْﺴَﻤْﺘُﻢْ ﻣِﻦْ ﻗَﺒْﻞُ ﻣَﺎ ﻟَﻜُﻢْ ﻣِﻦْ ﺯَﻭَﺍﻝٍ
“Bukankah kamu telah bersumpah dahulu ketika di dunia bahawa sekali-kali kamu tidak akan binasa?” (Surah Ibrahim ayat 44)
‎ﺃَﻭَﻟَﻢْ ﻧُﻌَﻤِّﺮْﻛُﻢْ ﻣَﺎ ﻳَﺘَﺬَﻛَّﺮُ ﻓِﻴﻪِ ﻣَﻦْ ﺗَﺬَﻛَّﺮَ ﻭَﺟَﺎﺀَﻛُﻢُ ﺍﻟﻨَّﺬِﻳﺮُ ۖ ﻓَﺬُﻭﻗُﻮﺍ ﻓَﻤَﺎ ﻟِﻠﻈَّﺎﻟِﻤِﻴﻦَ ﻣِﻦْ ﻧَﺼِﻴﺮٍ
“Dan apakah kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir dan apakah tidak datang kepadamu pemberi peringatan? Maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang yang zalim seorang penolong.” (Surah Fathir ayat 37)
Demikianlah sedikit perkongsian dari kitab suci (Al-Quran)yang menjadi petunjuk buat hamba yang ingin mengambil keterangan dari petunjuk serta bagi mereka yang ingin menjaga diri dari hal yang telah dibedakan oleh Al-Quran diantara haq dan bathil..Semoga kita sebahagian daripada Hamba yang tidak meninggal Buku Sumber kehidupan ini..Allahumma aamiiin..
Semoga bersama beroleh manfaat 
Selamat beramal dan beristiqomah 
Akhukum fillah,

Alfaqir Abdillah

Advertisements

Tazkirah Tuesday

#Tazkirah Tuesday#ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

‎بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم

‎اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ 

‎وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد
Tazkirah 10 Syawal 1438 @ 04 Julai 2017
 *HANYA KERANA SATU LUBANG KECIL*
Seorang lelaki diminta mengecat sebuah perahu*, Ia pun mengecat perahu tersebut.
Sewaktu mengecat, dia menemui sebuah lubang kecil di lambung perahu, dan menampalnya diam diam. Selesai mengecat, ia terima upahnya dan pergi.
Tak lama berselang, pemilik perahu menemui lagi lelaki tersebut dan memberinya cek yang nilainya sungguh tidak diduga.
Si tukang cat terkejut dan berkata, “Anda sudah membayar upah saya, Tuan”.
“Tapi ini bukan upah untuk mengecat. Ini kerana anda sudah menampal satu lubang di lambung perahuku”.
“Ah, Itu kan cuma hal kecil. Anda tidak perlu memberi saya wang sebanyak ini untuk pekerjaan sekecil itu”.
“Mungkin anda tidak mengerti. Saat saya minta anda mengecat kapal itu, saya lupa memberi tahu tentang lubang tersebut. Ketika cat perahu sudah kering, anak-anak saya terus pergi memancing dengan menaiki perahu itu.
Mereka tidak tahu tentang lubang itu, sementara saya tidak berada di rumah sewaktu mereka pergi. 

Ketika saya pulang dan menyedari mereka telah membawa perahu itu pergi, saya jadi sangat khuatir kerana saya tahu kalau perahu itu bocor.
“Alangkah leganya saya ketika melihat mereka semua pulang dengan selamat” Lalu saya mendapati bahawa Anda telah menampal lambung kapal yang bocor itu. 
*”Anda telah menyelamatkan anak2 anak saya”*
Yang sudah Anda lakukan bukan hal kecil, kerana itu telah menyelamatkan nyawa orang lain. Sesungguhnya wang tidak bernilai untuk membayar kebaikanmu itu.
*PENGAJARAN KISAH INI…*
“Teruslah menolong, meringankan beban orang lain dan perbaikilah setiap “lubang” yang anda temui. Anda tidak akan pernah tahu bila bantuan anda bermanfaat”
Kerana sesungguhnya kita tidak akan pernah tau bila PERBUATAN BAIK kita berbuah, tapi PASTI AKAN BERBUAH.
“Saat kita berusaha menciptakan hal yang bermanfaat bagi orang lain, kita tentu saja menerangi jalan kita sendiri.”
Jadilah penerang bagi orang lain. Kalau manusia di dunia saja boleh melihat perbuatan baik, apalagi Allah SWT.
Semoga kita sebahagian daripada hamba Allah yang sentiasa berlumba – lumba melakukan kebaikan..Allahumma Aamiiin..
Semoga bersama beroleh manfaat
Selamat beramal dan beristiqomah
Akhukum Fillah,
Alfaqir Abdillah