Iftar 29 Ramadhan

Iftar hari terakhir untuk Ramadhan tahun ini di surau. Terima kasih kepada semua penyumbang idea, tenaga, masa dan wang ringgit. Selamat menyambuthari raya eidilfitri dari jawatankuasa Surau Al Kausar.

Tazkirah 28 Ramadhan

Tazkirah malam ini disampaikan oleh Ustaz Abdullah Ibrahim. Beliau mengupas ayat Al Quran Surah Al Baqarah yang menyuruh manusia bertaqwa. Oleh itu kita hendaklah;

1) Membaca Al Quran. Sesungguhnya Al Quran itu memberi syafaat di akhirat nanti.

2) jangan tinggalkan solat berjamaah.

3) Jangan tinggalkan majlis ilmu.

4) Jangan tinggalkan solat malam (qiamullail)

Sama samalah kita cuba untuk melaksanakan perkara perkara diatas. Mudah mudahan kita menjadi manusia yang bertaqwa.

Iftar 28 Ramadhan

Iftar hari ini masih meriah walaupun ramai sudah ahli qariah yang pulang ke kampung hari ini. Ada juga ahli qariah yang akan pulang ke kampung esok hari menyambut eidilfitri. Selamat menyambut hari raya dari pihak surau Al Kausar.

Tazkirah 26 Ramadhan

Tazkirah malam ini disampaikan oleh Ustaz Saiful Azuran. Beliau gembira melihat jamaah di surau Al Kausar yang masih penuh di malam 27 Ramadhan. Perkara biasa akan menjadi luar biasa apabila dilakukan oleh orang yang luar biasa. Kita orang biasa menjadi luar biasa apabila berada dalam bulan Ramadhan. Oleh itu buatla apa yang kita mampu untuk rebut dalam Ramadhan yang luar biasa.

Iftar 26 Ramadhan

Alhamdulillah, iftar jamaie hari ini di surau Al Kausar mendapat sambutan yang menggalakkan dari ahli qariah. Bergembira berbuka bersama dengan jiran jiran di qariah Park Avenue Blok 1B. Terima kasih kepada penyumbang makanan untuk iftar , ahli qariah yang membantu dan pengurusan yang menguruskan majlis iftar.