Program Berkhatan

Assalamualaikum wrt. wbt.

Muslimin dan Muslimat
Ahli Kariah Surau Al-Kausar
Blok 1, Bandar Tasik Puteri

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Surau Al-Kausar telah bersetuju untuk mengadakan program berkhatan beramai-ramai untuk semua anak ahli kariah Blok 1.

Sehubungan itu, semua penduduk Blok 1B dipelawa untuk menyertai program ini. Kadar bayaran untuk keseluruhan majlis termasuk kenduri adalah RM150 sahaja.

Segala pertanyaan dan urusan tempahan, tuan /puan boleh berhubung terus dengan Cikgu Abdul Aziz (019-2225758) atau Cikgu Abdul Rahim (012-2214681).

Untuk perhatian tuan/puan, tarikh cadangan pelaksanaan program berkhatan adalah pada pagi Ahad (28/11/2010) dan kendurinya pada hari Sabtu (malam Ahad). Tarikh tutup penyertaan adalah pada hari Jumaat (26/11/2010).

Segala kerjasama dan komitmen daripada tuan/puan, amat kami hargai. Semoga mendapat ganjaran pahala dan keredhaan Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan amanah,
(NIZAM BIN ABDUL HAMID)
Setiausaha.

Advertisements