Muslimat

MOTIVASI KEKELUARGAAN : KELUARGA SAKINAH (SURAU ALKAUSAR BANDAR TASIK PUTERI – 30 JAN 2011): DATO SITI NOR BAHYAH & USTAZ WAN AKASHAH

Alhamdulillah, Pihak AJK Surau Al-Kausar (Muslimat) Bandar Tasik Puteri telah dapat menjemput penceramah motivasi yang tidak asing bagi kita, iaitu Dato Siti Nor Bahyah Mahamood dan suami beliau, Ustaz Wan Akashah pada 30 Januari 2011 yang lalu. (Penulis meminta maaf kerana lewat membuat pos untuk sesi ceramah ini di atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan).
Apakah makna keluarga sakinah? Menurut ustazah, kalau hendak keluarga sakinah di mana, apabila si ayah melihat pada siibu (sebaliknya)~` wujud perasaan kasih dan tenang, apabila mak ayah tengok pada anak (sebaliknya), wujud juga perasaan tenang, maka itulah keluarga Sakinah. Bagaimana hendak membina keluarga sakinah? Mesti ada dalam keluarga tersebut rasa sayang dan cinta. Perlu ada 6 cinta dalam membina sebuah keluarga sakinah , iaitu:-
  1. Cinta kepada Allah s.w.t
  2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w.
  3. Cinta kepada Ibubapa
  4. Cinta antara suami isteri
  5. Cinta dan kaseh pada anak-anak
  6. CInta sesama makhluk tuhan
Sebelum diterangkan pelbagai cinta, Ustaz terlebih dahulu menerangkan sedikit sebanyak tentang asas kepada pembinaan keluarga iaitu kepentingan bimbingan dan ilmu.
  1. Kita semua kena ingat bahawa jika disekolah , murid2 tidak mendapat bimbingan yang sewajarnyanya, maka murid2 akan kurang cerdik. Sama juga kalu anak2 tidak dibimbing dan kurang kaseh sayang, anak akan jadi kurang baik juga. Begitu juga dalam kehidupan kita, kalu tiada bimbingan dari Allah swt, Maha Pencipta, maka kita juga akan merasa terumbang-ambing. Lagi tinggi pangkat seseorang , lagi tinggi ujian dari Allah. Kalau salah buat tindakan contohnya:- pegawai yang menandatangan sesuatu projek, maka akan besar mudharatnya. Jesteru lagi tinggi pangkat, kita harus meminta bimbingan dari Ilahi.
  2. Jika sesorang itu minat pada sesuatu permainan sukan, adakah dia secara automatik akan pandai bermain sukan? Tidak. Kita kena belajar cara2 serta teknik cemerlang untuk pandai menyepak bola contonhnya. Begitu juga, apabila kita memasuki alam rumahtangga, kena belajar ilmu alam rumahtangga, ilmu kekeluargaan. Dimana 2 hidup, pasti kita kan diujiNya. Dewasa ini ade pebagai pengaruh hingga kita merasa tidak selamat. Jesteru kena ada benteng. KIta tidak akan bahagia kalu orang lain tidak. Lalu bahagiakanlah orang lain melalui pemahaman kepada cinta 6 perkara.
Cinta Kepada Allah swt.
  • Memulakan ikatan perkahwinan, berniat kerana Allah. Suami isteri berhak memilih calon pasangan yang baik. Apabila niat kerana Allah, suami isteri berazam menjadi pasangan soleh/solehah. Tiada rungutan dan tiada penyelewengan. Isteri menjaga maruah dan menutup aurat apabila keluar rumah, hatta hendak menjemur pakaian atau membuang sampah. Suami menjalankan tanggungkawab mencari dan memberi nafkah.
  • Untuk cinta pada Allah, setiap isi keluarga kena tahu kepentingan wajib solat 5 waktu. AlQuran selalu dibaca dan jangan lupa asas-asas agama. Anak2 jangan cemerlang akademik sahaja, harus dilatih cemerlang akhlak dan agama. Di rumah, kita boleh pantau solat anak2 tetapi bagi anak2 remaja( tingkatan 1 @ 2) yang bersekolah petang, siapakah boleh memantau solat mereka?. Harus dilatih anak2 kita tentang bab solat. Solat tiang agama.
  • Ibubapa harus jaga dan bimbing sebaik2nya anak2 masing2 dan tidak diserahkan 100% tanggungjawab kepada pihak sekolah atau pengasuh. Apabila kita sudah buat semua tanggungjawab, sekiranya berlaku apa2 kepada ahli keluarga atau anak2 kita, itu adalah Qada’ dan Qadar. Kita mahu melahirkan muslim profesional, tiada masalah sosial dan rasuah seumpamanya.
  • Asas agama adalah cinta pada Allah. Ikut ajaranNya dan tinggal laranganNya.
Cinta kepada Rasulullah saw.
  • Kita semua mesti mengambil Rasulullah sebagai ikon/ikutan dalam setiap perbuatan tingkah laku. Ada ganjaran besar kepada sesiapa yang sayang pada Nabi: Seperti hadis:- Barangsiapa sayang akan aku, maka mereka ini kan masuk syurga.
  • Apa yang kita buat, kena ikut nabi. Contoh dalam cara adab  minum:-
  1. Tengok dalam air, ade semut atau tidak. (Kalau ade, jgn minum, kerana boleh cepat lupa)
  2. Baca Bismillah
  3. Jangan minum berdiri, sebaiknya dalam keadaan duduk
  4. Jangan minum sekali teguk, minum 2-3 teguk berhenti, dan minum semula.
  • Sentiasa menyebut bismilllah sebelum memulakan sesuatu perbuatan.
  • Contoh daalam adab tidur, di mana Rasul mengiring sebelah lambung kanan.
  • Contohi dalam adab makan, makan buah2an dahulu. Dan makan dari satu jenis lauk sahaja, samda ikan atau ayam dan tidak kedua2nya.
  • Contoh dalam memberi nama yang baik kepada anak2.
  • Contoh dalam berdoa ketika melihat cermin
  • Sentiasa berdoa, akhlak yang hebat adalah akhlak Rasulullah.
Cinta kepada Ibubapa.
  • Sentiasa ingat tentang pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibubapa kita.
  • Dizaman rasulullah, ada seorang bertanya pada Nabi : adakah terbayar segala jasa ibunya, jika saban hari dia memandikan, memberi makan dan mengendong ibunya?Maka jawab Rasul, kamu semua tidak akan dapat membalas jasa ibumu walaupun kamu telah membuat semuanya.
  • Anak2 yang hidup suka berbakti pada orang tua, insya’Allah senang nyawanya dicabut malaikat.
  • Anak2 yang selalu berbakti, insya’Allah akan murah rezekinya.
  • Kalau hendak berjaya , mesti berbuat baik dengan kedua orang tua.
  • Jangan lupa berdoa untuk ibubapa
Cinta kepada suami isteri.
  • Ambillah contoh Rasulullah (saw) sebagai pasangan dalam rumahtangga.
  • Cinta pada pasangan harus dizahirkan melalu kata2:- Sebut sayang pada pasangan, panggil nama yang elok2, suami tidak memukul isteri, saling menghormati, menjaga perasaan dan berkominukasi serta hantar pesanan melalui sms/emel. ( disebut juga tentang peranan facebook yang boleh dijadikan media merapatkan hubungan dan bukan sibuk ber’chatting’ dgn bukan mahram)
  • Cinta pada pasangan harus dibuktikan melalui perbuatan:- seperti memberi hadiah, suami rajin menolong isteri di rumah, pegang/ urut/belai pasangan
  • Carilah intan dan permata dalam diri pasangan anda
Cinta dan kaseh pada anak2.
  • Kita harus ingat bahawa Allah pasti akan tanya pada amanah yang telah diberikanNya. Samada kita telah menunaikan tanggungjawab atau tidak? Berpandukan pada AlQuran dan AsSunnah, kita semak semula setiap perbuatan kita.
  • Kalau kaseh pada anak, kena didik anak. Umur 16 – 17 tahun adalah umur yang paling kritikal untuk kita lebih memberi perhatian.anak2 yang di asrama, mesti juga dilawat selalu. Kena banyak sabar dengan kerenah dan pantau selalu dengan siapa mereka berkawan, apa ada dalam beg sekolah contohnya.
  • Kalu anak dah pandai keluar malam tanpa tujuan, itu petanda kurang sesuatu dirumah sehingga mereka suka berpeleseran diluar rumah. Itu juga tanda anak dah mula nak rosak.Jangan biar anak keluar malam tanpa sebab munasabah. Kerana banyak kejahatan berlaku pada waktu malam.
  • Gejala sosial mudah berlaku selepas 3 peperiksaan iaitu UPSR, PMR, SPM kerana anak2 fikir seperti sudah merdeka dan bosan jika tidak ade program pengisian. Harus sibuk dengan aktiviti berfaedah kerana jika tidak, takut ade bisikan syaitan. Pastikan mereka terlibat dengan aktiviti koko seumpamanya (anak2 yang aktif waktu siang, cepat tido malam. Jika tidak – mereka lewat tidur lalu berfikir untuk perkara yang mungkin tidak baik). Pantau juga aktiviti internet.
  • Kalu kaseh pada anak, hendaklah selalu mendoakan mereka. Buat solat hajat untuk setiap anak. Terutama para ibu, kerana doa Ibu cepat makbul, insya’Allah.
  • Doakan supaya anak2 rajin solat agar maksiat dapat dijauhi.
  • Amalkan 3 doa:-
  1. Surah Ibrahim 40
  2. Surah Al – Hasyr 21 ( pada anak2 ditiupkan ke ubun2 mereka dan pada pasangan ditiup pada tengkok apabila mereka tidur)
  3. Surah At-Taubah 128-129
  • Supaya, anak2 mudah berjaya dalam peperiksaan :-
  1. Ambil wudhu’ apabila hendak mengulangkaji pelajaran
  2. Baca Ta’wuz ( kalimah A’uzubillah..)
  3. Baca Bismillah
  4. Baca Surah2 penerang Hati, contoh: Alam Nasyrah
  5. Anak2 mesti berbuat baik dengan guru
  6. Anak2 wajib berbuat baik dengan ibubapa
Cinta Sesama Makhluk.
  • Jangan seksa binatang
  • Jangan sebab berbeza fahaman politik, kita bertelengkah atau tidak bertegur sapa dengan sesama jiran atau masyarakat.
  • Jangan memutuskan silaturrahim.
  • Kena jaga pancaindera ( mulut/lidah khasnya) dari menyakiti orang lain, jangan membuat fitnah dan mengumpat keji.
******************************************************
Sekian. Wallahulam. Penulis merasa sangat bertuah dapat melihat dan mendengar ceramah dari kedua2 pakar motivasi di atas. Sekalung tahniah juga buat semua wargakerja Muslimat Surau AlKausar dan sesiapa juga yang telah menjayakan program ini. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua. Segala yang kurang datang dari penulis sendiri.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s