Duit Raya

Alhamdulillah remaja qariah Surau Al Kausar menunjukkan satu sifat yang mulia. Mereka telah berjumpa pengerusi surau selepas solat berjamaah dan menginfaq duit raya yang mereka dapat pada hari itu. Perbuatan mereka ini membuat pengerusi sangat gembira dan terharu. Doakan mereka menjadi anak anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat.

Takbir Malam Raya

 Ahli qariah yang menyambut eidilfitri di Park Avenue bertakbir di Surau Al Kausar. Selepas Solat Isyak berjamaah, jamaah akan berkunjung ke rumah rumah yang join program takbir dari rumah ke rumah anjuran surau sambil bertakbir. Selamat menyambut Eidilfitri dari jawatankuasa Surau Al Kausar Park Avenue.

Iftar 29 Ramadhan

Iftar hari terakhir untuk Ramadhan tahun ini di surau. Terima kasih kepada semua penyumbang idea, tenaga, masa dan wang ringgit. Selamat menyambuthari raya eidilfitri dari jawatankuasa Surau Al Kausar.

Tazkirah 28 Ramadhan

Tazkirah malam ini disampaikan oleh Ustaz Abdullah Ibrahim. Beliau mengupas ayat Al Quran Surah Al Baqarah yang menyuruh manusia bertaqwa. Oleh itu kita hendaklah;

1) Membaca Al Quran. Sesungguhnya Al Quran itu memberi syafaat di akhirat nanti.

2) jangan tinggalkan solat berjamaah.

3) Jangan tinggalkan majlis ilmu.

4) Jangan tinggalkan solat malam (qiamullail)

Sama samalah kita cuba untuk melaksanakan perkara perkara diatas. Mudah mudahan kita menjadi manusia yang bertaqwa.

Iftar 28 Ramadhan

Iftar hari ini masih meriah walaupun ramai sudah ahli qariah yang pulang ke kampung hari ini. Ada juga ahli qariah yang akan pulang ke kampung esok hari menyambut eidilfitri. Selamat menyambut hari raya dari pihak surau Al Kausar.